Friday, 28 February 2014

Spaghetti Prego Italiano


Assalamualaikum.. Apa khabar semua pengunjung blog saya? Harap-harap anda semua sihat walafiat lah ea. Alhamdulillah.. Saya masih berkesempatan untuk menulis lagi di blog saya ni. Ok, nak kongsi resepi apa ea kali ni? Ummm.. Fikir punya fikir akhirnya saya ambil keputusan nak berkongsi dengan anda semua tentang resepi 'Spaghetti Prego'. Macam pelik je nama dia kan? 

Prego tu sebenarnya sos yang diletakkan kat atas spaghetti tu. Sebab tu la nama dia 'Spaghetti Prego'. Hehe.. Sos prego ni ada dua perisa yang dijual kat kedai. Satu perisa tomato lagi satu perisa cendawan. Tapi saya lebih suka beli perisa tomato. Masam-masam gitu. Hehe ^^,

Ok, bahan-bahan yang perlu kita sediakan untuk membuat spaghetti prego ini antaranya ialah :


Bahan-bahannya . 


  1. 500gm spaghetti. 
  2. 1 botol sos prego traditional ( besar ). 
  3. 500 gm daging/ayam kisar. 
  4. Hotdog.
  5. 1 tin tomato puri. 
  6. 1 tin cendawan butang. 
  7. lobak merah. 
  8. 1 1/2 bawang besar. 
  9. 3 ulas bawang putih. 
  10. Butter/minyak.




Hiris hotdog, lobak merah, bawang besar, bawang putih, cendawan butang .


Seterusnya, cara-cara untuk membuat spaghetti prego ialah :


  1. Rebus spaghetti, letak sedikit minyak supaya spaghetti tak melekat. 
  2. Untuk kuah. Letakkan sedikit butter/minyak dalam kuali, tumis bawang besar & bawang putih yang telah dihiris tadi. tumis sehingga naik minyak. 
  3. Selepas itu, masukkan daging/ayam kisar, lobak merah, hotdog, tomato puri.
  4. Masukkan cendawan butang, dan sos prego. Perlahankan api, biarkan lama sikit dalam kuali sambil kacau. ( selama 20 hingga 30 minit ).



Dah siap. Selamat menjamu selera !


Comment sikit siapa yang dah cuba tu. Hehe.. ^^,



Tuesday, 25 February 2014

Cheesy Wedges MeleTop



Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Untuk entri hari ni, saya akan kongsikan bersama anda semua resipi makanan Western iaitu 'Cheesy Wedges'. Selalunya orang ramai beli kat KFC kan Cheesy Wedges ni. Tapi kalau malas sangat nak beratur panjang beli kat KFC, anda boleh saja cuba buat kat rumah.

Cheezy Wedges mudah saja nak buat. Tak rumit sangat macam resipi-resipi lain. Tapi sebelum tu, kita kenalah sediakan bahan-bahan untuk membuat Cheezy Wedges ni.


Antara bahan-bahannya ialah :

  • 3 sudu tepung gandum
  • Setengah buku butter
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit lada hitam
  • 12 keping cheese
  • 500 ml susu penuh krim
  • Pewarna kuning


Ok, bila dah ada semua bahan-bahan tu, barulah kita boleh ke langkah yang seterusnya. Cara-cara untuk membuat Cheesy Wedges ini ialah :



Cairkan butter dalam non-stick pan . Guna pan biasa pun boleh .


    Masukkan susu dan tepung gandum. Gaulkan sampai tak berketul, ok?


    Kacau sehingga menjadi halus seperti gambar di atas .


    Masukkan Cheese .


    Masukkan serbuk perasa, lada hitam, lada hitam dan pewarna kuning. Kacau sehingga sebati .



     Kacau sehingga halus . Kemudian tutup api .



    Ok, dah siap ! 


    Kalau anda ikut step by step, confirm rasa Cheesy Wedges anda rasanya sama macam kat KFC. Selamat mencuba !




        



    Saturday, 22 February 2014

    Grilled Chicken Chop Marvelous





    Assalamualaikum.. 
    Hello bertemu lagi kita! Ok, hari ni saya nak berkongsi dengan anda tentang resipi saya yang seterusnya iaitu resipi yang diberi nama ‘Grilled Chicken Chop’. Anda mesti pernah cuba makanan ni, bukan? Kalau belum pernah, anda bolehlah cuba resipi ni. 


    Antara bahan-bahan yang perlu disediakan untuk membuat ‘Grilled Chicken Chop’ :

    1. 1  ekor ayam yang dibelah 4- dada ayam 
    2. 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk) 
    3. 3 sudu besar sos tiram 
    4. 1 sudu besar sos cili 
    5. 1 sudu besar kicap manis 
    6. 1 sudu makan kicap masin 
    7. 1 sudu makan jus limau 
    8. 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam) 
    9. 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock) 


     *tambahkan 3 ulas bawang putih & 1 sudu besar madu .


    Selepas sediakan bahan-bahan tersebut, cara penyediaan makanan ini adalah seperti dibawah :


    1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman. 

    2. Semasa hendak membakar, gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk 'non-stick'. Balik-balikkan ayam sehingga masak dan bolehlah di angkat. Anda juga boleh menggunakan pembakar elektrik.

    *letakkan minyak pada ayam di dalam  'nonstick pan'. Tutup kuali dengan tudung periuk untuk bagi ayam cepat masak. 


    Seterusnya, kita akan menyediakan Sos Perang ( brown sause ) ataupun dikenali sebagai Sos Lada Hitam .

    Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

    1. 1 labu bawang besar ( potong dadu) 
    2. 1 sudu besar mentega 
    3. 2 sudu besar tepung gandum ( diayak dahulu ) 
    4. 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )- letak tak sampai 1 liter dlm 2-3 gelas tengok kepekatan sos, tambah sikit2 air jika perlu.
    5. 3 sudu besar sos tiram 
    6. 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos ) 
    7. 1 sudu makan sos tomato atau sos chili 
    8. 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus) 
    9. 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu. 
    10. Sedikit garam 



    Seterusnya, cara untuk membuat sos ini pula :


    1.  Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu. 
    2.  Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi. 
    3.  Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau diatas api hingga pekat. Boleh dihidangkan. 

    * jika anda biasa mengguna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dahulu, kemudian masukkan bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang. 

    ** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu. 

    Akhir sekali, hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad, timun dan tomato segar!!!









    Thursday, 13 February 2014

    ... Coleslaw Terbaik Dari Ladang ...


    Assalamualaikum dan Hello-hello !

    Untuk minggu ni pula, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang resipi saya yang seterusnya iaitu 'Coleslaw'. Untuk pengetahuan anda, Coleslaw ialah makanan Western yang bercirikan sayur-sayuran. Jika anda seorang pengamal pemakanan 'Vegeterian', anda bolehlah mencuba resipi ini.

    Bahan-bahan untuk membuat Coleslaw amatlah mudah untuk disediakan. Sebelum itu, kita kenalah beli dulu bahan-bahannya di mana-mana pasaraya atau pasar pagi. Contohnya di Mydin. Amboi.. promote gitu nampak! Hahaha !

    Ok, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Coleslaw ini ialah :



    1. 3/4 kobis putih *pilih yang saiz kecil sebab lebih rangup*
    2. 1/2 kobis merah
    3. 1 lobak merah
    4. 1 bawang merah

    Bahan-bahannya .


    Seterusnya, kita sediakan sos Coleslaw pula :



    1. 1 sudu makan gula
    2. 1 botol mayonis
    3. jus perahan 1/2 biji lemon

    Ini campuran gula , jus lemon dan mayonis.


    Mayonis


    Lemon


    Seterusnya, langkah-langkah untuk sediakan Coleslaw :

    1. Hiris sayur dengan nipis.
    2. Sediakan sos Coleslaw. Campurkan bahan-bahan seperti gula, jus perahan lemon dan mayonis. Kacau sehingga gula cair. Letakkan gula untuk jadi manis.
    3. Gaulkan sos Coleslaw dan sayur sayuran sehingga sebati .
    4. Masukkan Coleslaw ke dalam peti ais.
    5. Selepas sejuk bolehlah dimakan begitu sahaja atau dihidang bersama Chicken Chop.


    Gaul jangan tak gaul !



    Sudah siap!



    Jangan lupa balut dengan plastik atau penutup semasa nak sejukkan Coleslaw .



    Cadangan hidangan .


    Selamat mencuba ! ^^,

    Thursday, 6 February 2014

    Love of Macaroni Cheese


    Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Hari ni dapat makan makanan Western hasil air tangan emak dan akak saya. Maklumlah.. tengah cuti mid-sem sekarang ni. Datang pula angin mak saya tak nak masak pulak hari ni. Bincang punya bincang akak nak buat macaroni cheese. Kebetulan bahan-bahan untuk buat macaroni cheese ada. So, apa tunggu lagi. Kami pun pakat-pakat tolong kat dapur nak buat macaroni cheese ni.

    Sebelum nak buat macaroni cheese, kita kena sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu. Antara bahan-bahannya ialah :

    1. Sosej.
    2. Keju keping. ( Apa-apa jenama pun boleh ).
    3. Susu kotak segar. 
    4. Daging. ( Dicincang )
    5. Makaroni. ( 250 gram dan direbus hingga masak terlebih dahulu )
    6. Lada hitam.
    7. Lada putih.
    8. Sebiji telur.
    9. Planta. ( 1 sudu besar )
    10. Bawang. ( Dicincang )
    11. Garam. ( Secukup rasa )

    Seterusnya, langkah-langkah untuk membuat macaroni cheese ini ialah :



    Masukkan planta dan bawang ke dalam periuk untuk ditumis. Masukkan daging dan sosej ke dalam periuk. 



    Kemudian, masukkan susu segar bersama sosej dan daging yang dicincang tadi. Kacaukan.



    Masukkan lada hitam, lada putih dan garam sebagai bahan perasa.


    Langkah seterusnya, masukkan sebiji telur. Gaulkan bersama bahan-bahan tadi.


    Masukkan keju dan gaulkan kesemua bahan itu.


    Akhir sekali, masukkan makaroni yang telah direbus. Kemudian masukkan ke dalam ketuhar selama 20 minit.


    Tadaaa.. akhirnya dah siap. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera! 



    p/s : Dah buat makaroni cheese tu, jangan lupa kemas dapur tu tau. Berselerak pula nanti. Hehe.. ^^,


    Saturday, 1 February 2014

    A Happy Pizza


    Assalamualaikum ..

    Hari ini saya akan berkongsi resipi pertama saya. Resipi ni saya cipta sendiri berpandukan resipi asal pizza. Resipi saya ni di beri nama 'A Happy Pizza'. Nak tahu kenapa saya beri nama resipi ni? Sebenarnya pizza ni penuh dengan bahan-bahan yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda, pizza ciptaan saya ni tak macam pizza yang ada jual dekat tempat lain. Kalau nak tahu kenapa, anda boleh terus baca bahan-bahan untuk membuat pizza.


    Antara bahan-bahan yang perlu kita ada untuk membuat pizza ialah :

    1. Isi ayam 
    2. Sosej 
    3. Cili Benggala 
    4. Ibu Roti 
    5. Keju 
    6. Bawang Besar
    7. Tepung 
    8. Nenas Tin
    9. Tomato Puree
    10. Planta
    11. Sos Cili

    • Bahan 1,2,5 dan 8 hendaklah di potong kecil-kecil.
    • Bahan 3 dan 6 hendaklah di cincang halus-halus.
    • Bahan 4 hendaklah di rendam selama beberapa minit.
    • Bahan 7 disediakan sebanyak 250 gram.
    • Bahan 9 dan 10 disediakan dalam kuantiti dua sudu besar atau lebih.
    • Bahan 11 disediakan mengikut citarasa.


    Langkah-langkah untuk membuat pizza ini ialah :

    Mula-mula sekali, campurkan ibu roti dengan tepung. 



    Kemudian, tepung di uli sehingga menjadi doh.



    Langkah kedua, sapukan mentega di atas talam secara nipis-nipis. Kemudian, lenyek nipis-nipis doh tadi di atas talam. Jangan tebal sangat, ok? Kalau tebal sangat nanti dah siap bakar, bila pizza tu dah sejuk akan jadi keras. 



    Langkah ketiga, sapukan tomato puree sehingga rata di atas doh.



    Langkah keempat, taburkan kesemua bahan-bahan yang telah kita sedia tadi di atas doh. Taburkan bahan-bahan tersebut mengikut kreativiti anda. 

    Langkah kelima, masukkan pizza yang sudah siap ditabur bahan ke dalam oven. Bakar pizza tersebut  lebih kurang 15 hingga 20 minit.




    Inilah hasilnya selepas dibakar, 'A Happy Pizza' !  Selamat mencuba dan nikmati rasanya ! 
    ^^,


    p/s : Sesiapa yang dah cuba resepi saya ni boleh kongsi pengalaman melalui comment. Menjadi atau tidak? Hehe..