Hello bertemu lagi kita! Ok, hari ni saya
nak berkongsi dengan anda tentang resipi saya yang seterusnya iaitu resipi yang
diberi nama ‘Grilled Chicken Chop’. Anda
mesti pernah cuba makanan ni, bukan? Kalau belum pernah, anda bolehlah cuba
resipi ni.
Antara bahan-bahan yang perlu disediakan untuk membuat ‘Grilled
Chicken Chop’ :
- 1 ekor ayam yang dibelah 4- dada ayam
- 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan jus limau
- 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
- 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
*tambahkan 3 ulas bawang putih & 1 sudu besar madu .
Selepas sediakan bahan-bahan tersebut, cara penyediaan makanan ini adalah seperti dibawah :
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam
dalam peti sejuk selama beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar, gaulkan dengan sedikit minyak
masak dan bolehlah di bakar di atas periuk 'non-stick'. Balik-balikkan ayam sehingga masak dan bolehlah di angkat. Anda juga boleh menggunakan pembakar elektrik.
*letakkan minyak pada ayam di dalam 'nonstick pan'. Tutup kuali dengan tudung periuk untuk bagi ayam cepat masak.
Seterusnya, kita akan menyediakan Sos Perang ( brown sause ) ataupun dikenali sebagai Sos Lada Hitam .
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
- 1 labu bawang besar ( potong dadu)
- 1 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum ( diayak dahulu )
- 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )- letak tak sampai 1 liter dlm 2-3 gelas tengok kepekatan sos, tambah sikit2 air jika perlu.
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
- 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
- 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
- 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
- Sedikit garam
Seterusnya, cara untuk membuat sos ini pula :
- Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
- Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
- Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau diatas api hingga pekat. Boleh dihidangkan.
* jika anda biasa mengguna kaedah white sos iaitu masak tepung
gandum dalam mentega dahulu, kemudian masukkan bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya
lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah
dipotong-potong jika anda mahu.
Akhir sekali, hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad, timun dan tomato segar!!!
Akhir sekali, hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad, timun dan tomato segar!!!



No comments:
Post a Comment