Friday, 28 February 2014

Spaghetti Prego Italiano


Assalamualaikum.. Apa khabar semua pengunjung blog saya? Harap-harap anda semua sihat walafiat lah ea. Alhamdulillah.. Saya masih berkesempatan untuk menulis lagi di blog saya ni. Ok, nak kongsi resepi apa ea kali ni? Ummm.. Fikir punya fikir akhirnya saya ambil keputusan nak berkongsi dengan anda semua tentang resepi 'Spaghetti Prego'. Macam pelik je nama dia kan? 

Prego tu sebenarnya sos yang diletakkan kat atas spaghetti tu. Sebab tu la nama dia 'Spaghetti Prego'. Hehe.. Sos prego ni ada dua perisa yang dijual kat kedai. Satu perisa tomato lagi satu perisa cendawan. Tapi saya lebih suka beli perisa tomato. Masam-masam gitu. Hehe ^^,

Ok, bahan-bahan yang perlu kita sediakan untuk membuat spaghetti prego ini antaranya ialah :


Bahan-bahannya . 


  1. 500gm spaghetti. 
  2. 1 botol sos prego traditional ( besar ). 
  3. 500 gm daging/ayam kisar. 
  4. Hotdog.
  5. 1 tin tomato puri. 
  6. 1 tin cendawan butang. 
  7. lobak merah. 
  8. 1 1/2 bawang besar. 
  9. 3 ulas bawang putih. 
  10. Butter/minyak.




Hiris hotdog, lobak merah, bawang besar, bawang putih, cendawan butang .


Seterusnya, cara-cara untuk membuat spaghetti prego ialah :


  1. Rebus spaghetti, letak sedikit minyak supaya spaghetti tak melekat. 
  2. Untuk kuah. Letakkan sedikit butter/minyak dalam kuali, tumis bawang besar & bawang putih yang telah dihiris tadi. tumis sehingga naik minyak. 
  3. Selepas itu, masukkan daging/ayam kisar, lobak merah, hotdog, tomato puri.
  4. Masukkan cendawan butang, dan sos prego. Perlahankan api, biarkan lama sikit dalam kuali sambil kacau. ( selama 20 hingga 30 minit ).



Dah siap. Selamat menjamu selera !


Comment sikit siapa yang dah cuba tu. Hehe.. ^^,



1 comment:

  1. spagetti nyh kalu nak letak pedas bole kan .. pkai rencah buatan sendiri bole ta ea ?

    ReplyDelete