Assalamualaikum ..
Hari ini saya akan berkongsi resipi pertama saya. Resipi ni saya cipta sendiri berpandukan resipi asal pizza. Resipi saya ni di beri nama 'A Happy Pizza'. Nak tahu kenapa saya beri nama resipi ni? Sebenarnya pizza ni penuh dengan bahan-bahan yang tersendiri. Untuk pengetahuan anda, pizza ciptaan saya ni tak macam pizza yang ada jual dekat tempat lain. Kalau nak tahu kenapa, anda boleh terus baca bahan-bahan untuk membuat pizza.
Antara bahan-bahan yang perlu kita ada untuk membuat pizza ialah :
- Isi ayam
- Sosej
- Cili Benggala
- Ibu Roti
- Keju
- Bawang Besar
- Tepung
- Nenas Tin
- Tomato Puree
- Planta
- Sos Cili
- Bahan 1,2,5 dan 8 hendaklah di potong kecil-kecil.
- Bahan 3 dan 6 hendaklah di cincang halus-halus.
- Bahan 4 hendaklah di rendam selama beberapa minit.
- Bahan 7 disediakan sebanyak 250 gram.
- Bahan 9 dan 10 disediakan dalam kuantiti dua sudu besar atau lebih.
- Bahan 11 disediakan mengikut citarasa.
Langkah-langkah untuk membuat pizza ini ialah :
Mula-mula sekali, campurkan ibu roti dengan tepung.
Kemudian, tepung di uli sehingga menjadi doh.
Langkah kedua, sapukan mentega di atas talam secara nipis-nipis. Kemudian, lenyek nipis-nipis doh tadi di atas talam. Jangan tebal sangat, ok? Kalau tebal sangat nanti dah siap bakar, bila pizza tu dah sejuk akan jadi keras.
Langkah ketiga, sapukan tomato puree sehingga rata di atas doh.
Langkah keempat, taburkan kesemua bahan-bahan yang telah kita sedia tadi di atas doh. Taburkan bahan-bahan tersebut mengikut kreativiti anda.
Langkah kelima, masukkan pizza yang sudah siap ditabur bahan ke dalam oven. Bakar pizza tersebut lebih kurang 15 hingga 20 minit.
Inilah hasilnya selepas dibakar, 'A Happy Pizza' ! Selamat mencuba dan nikmati rasanya !
^^,
p/s : Sesiapa yang dah cuba resepi saya ni boleh kongsi pengalaman melalui comment. Menjadi atau tidak? Hehe..





assalam...bleh tak sya nak order pizza ini????
ReplyDelete