Assalamualaikum dan Hello-hello !
Untuk minggu ni pula, saya akan berkongsi dengan anda semua tentang resipi saya yang seterusnya iaitu 'Coleslaw'. Untuk pengetahuan anda, Coleslaw ialah makanan Western yang bercirikan sayur-sayuran. Jika anda seorang pengamal pemakanan 'Vegeterian', anda bolehlah mencuba resipi ini.
Bahan-bahan untuk membuat Coleslaw amatlah mudah untuk disediakan. Sebelum itu, kita kenalah beli dulu bahan-bahannya di mana-mana pasaraya atau pasar pagi. Contohnya di Mydin. Amboi.. promote gitu nampak! Hahaha !
Ok, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Coleslaw ini ialah :
- 3/4 kobis putih *pilih yang saiz kecil sebab lebih rangup*
- 1/2 kobis merah
- 1 lobak merah
- 1 bawang merah
Bahan-bahannya .
Seterusnya, kita sediakan sos Coleslaw pula :
- 1 sudu makan gula
- 1 botol mayonis
- jus perahan 1/2 biji lemon
Ini campuran gula , jus lemon dan mayonis.
Mayonis
Lemon
Seterusnya, langkah-langkah untuk sediakan Coleslaw :
- Hiris sayur dengan nipis.
- Sediakan sos Coleslaw. Campurkan bahan-bahan seperti gula, jus perahan lemon dan mayonis. Kacau sehingga gula cair. Letakkan gula untuk jadi manis.
- Gaulkan sos Coleslaw dan sayur sayuran sehingga sebati .
- Masukkan Coleslaw ke dalam peti ais.
- Selepas sejuk bolehlah dimakan begitu sahaja atau dihidang bersama Chicken Chop.
Gaul jangan tak gaul !
Sudah siap!
Jangan lupa balut dengan plastik atau penutup semasa nak sejukkan Coleslaw .
Cadangan hidangan .
Selamat mencuba ! ^^,
No comments:
Post a Comment