Tuesday, 25 February 2014

Cheesy Wedges MeleTop



Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Untuk entri hari ni, saya akan kongsikan bersama anda semua resipi makanan Western iaitu 'Cheesy Wedges'. Selalunya orang ramai beli kat KFC kan Cheesy Wedges ni. Tapi kalau malas sangat nak beratur panjang beli kat KFC, anda boleh saja cuba buat kat rumah.

Cheezy Wedges mudah saja nak buat. Tak rumit sangat macam resipi-resipi lain. Tapi sebelum tu, kita kenalah sediakan bahan-bahan untuk membuat Cheezy Wedges ni.


Antara bahan-bahannya ialah :

  • 3 sudu tepung gandum
  • Setengah buku butter
  • 2 kiub pati ayam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit lada hitam
  • 12 keping cheese
  • 500 ml susu penuh krim
  • Pewarna kuning


Ok, bila dah ada semua bahan-bahan tu, barulah kita boleh ke langkah yang seterusnya. Cara-cara untuk membuat Cheesy Wedges ini ialah :



Cairkan butter dalam non-stick pan . Guna pan biasa pun boleh .


    Masukkan susu dan tepung gandum. Gaulkan sampai tak berketul, ok?


    Kacau sehingga menjadi halus seperti gambar di atas .


    Masukkan Cheese .


    Masukkan serbuk perasa, lada hitam, lada hitam dan pewarna kuning. Kacau sehingga sebati .



     Kacau sehingga halus . Kemudian tutup api .



    Ok, dah siap ! 


    Kalau anda ikut step by step, confirm rasa Cheesy Wedges anda rasanya sama macam kat KFC. Selamat mencuba !




        



    3 comments:

    1. wow.. sedapnye.. nanti tolong buatkan.. ehh, kalau xnak letak lada hitam pun xpe kan?? huhu

      ReplyDelete
    2. Hahaha.. boleh je kalau tak nak letak lada hitam. ikut selera anda :)

      ReplyDelete
    3. ouhh macam nyh nak buat cheese wages .. bole lah try kalau macam nyh ea

      ReplyDelete